Sunday 30 June 2013

Sayyidul Istighfar | Nurul

Assalamualaikum Hi semua !

Korang tahu tak ape tu Sayyidul Istighfar ? Pernah dengar ? Sudah hafal ? Alhamdulillah :) .

Sayyidul istighfar tu merupakan penghulu kepada istighfar . Banyak fadilat kelebihan yang kita dapat kalau kita mengamalkan istighfar ini setiap hari , seperti menjadi rutin harian kita . Moga - moga kita istiqamah ye kawan-kawan . In sya Allah , dengan mengamalkan istighfar ini Allah memberi keampunan , keberkatan dan rahmatNya terhadap kita semua .

---



Maksudnya :
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.


Rasulullah SAW membaca zikir ini pada pagi dan petang . Seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari :


" Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga ". 


Tersangat sangatlah rugi jika kita semua tidak membaca zikir ini . Amalan yang amat mudah tapi dijanjikan syurga . Allahu Akbar ! .  Pendek dan ringkas sahaja . Pelbagai inisiatif kita boleh cari sebenarnya . Contohnya , kepada yang macam aku ni , suka doa dalam lagu . Nah link , best :) 

---

Semoga kita semua mengamalkan zikir ini . Beristiqamahlah dalam menuju ke arah yang diredhaiNya . Amiin sama-sama kita doakan . 

Setakat ni saje la entry ni . Nanti ape - ape in sya Allah aku share lagi . Sebarkan ilmu walaupun satu ayat ! :D . Renung-renungkan dan selamat beristiqamah ! Assalamualaikum . 

No comments:

Post a Comment