Saturday 29 June 2013

Healing our heart

Assalamualaikum semuaa dan Selamat malam . Already late , but i still  have something nak share . Sebab baru abis baca buku ni . Scrolling ---


Keramat Sebuah Hati by Mohammad Qayyum A. Badaruddin


Macam mana kita nak ubati hati kita ye ? . Bedah , amek hati pastu hantar g dobi ?  macam tu ke ? . Or nak minum air clorox biar hati kita putih bersih sesuci murninya . hehe . Okay , jangan tiru aksi-aksi bahaya ni kat rumah ye . Just kidding !

Hati ni merupakan nikmat yang paling berharga yang telah dikurniakan oleh Allah kepada semua manusia . Kita boleh mengibaratkan hati ini sebagai raja di dalam tubuh badan kita yang bertanggungjawab untuk semua tindak-tanduk , gerak-geri atau tingkah laku kita . Pokok pangkalnya , hati diciptakan oleh Allah semulia-mulia kejadian , di situ lah terletaknya akal manusia , di situlah buruk , baik , lemah manusia . Ironinya , hati adalah segala-galanya .

Terbukti benar apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging , jika sekiranya baik daging itu , maka baiklah seluruh diri manusia itu . Jika sekiranya buruk daging itu , maka buruklah seluruh diri manusia itu . Ketahuilah , bahawa ia adalah hati . " (Riwayat Al-Bukhari).

So , hati kita ni memainkan peranan penting tau . Jaga hati ye kawan-kawan .


Berkata seorang ulama , Ibrahim Al-Khawas RA :

" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara , maka ubatilah kamu dengan lima perkara tersebut . Pertamanya , bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya . Kedua , mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa . Ketiga , bangun (beribadat) di waktu malam . Keempat , menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya , sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang soleh ".

Seperti yang kita tahu , manusia ini diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan . Diberi pula dengan pelbagai nikmat akal , kesihatan , udara , dan pelbagai lagi . Sangatlah tidak terkira nikmat yang kita terima . Namun , kita sering lalai leka dengan kecanggihan , kemodenan dan mengejar kebendaan . Ayuh kita sama-sama sedar dan bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah .

---

- Ubat hati yang pertama xd ialah " bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya " . Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui insan agung Rasulullah SAW merupakan mukjizat yang tiada tolok bandingnya . Bahkan , kitab suci ini juga digunakan sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Membaca Al-Quran dan menghayati isi kandunganya dengan secara istiqamah , in sya Allah akan mendapat ketenangan hati yang akan menyebabkan hati kita ini senantiasa mengingati Allah SWT .

Firman Allah SWT yang bermaksud  :

" Ketahuilah , dengan mengingati Allah itu , hati akan tenang " . (Surah Ar-Ra'd :28 )

---

- "Mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa" . Dengan mengamalkan cara ini , segala penyakit hati yang tersemat di hati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada segala penyakit yang memudaratkan . Seperti yang kita biasa dengar , two in one . Dengan berpuasa , kita dapat buat ibadah kepada Allah , dan secara tidak langsung kita dapat merehatkan perut kita daripada terus berkerja dan dapat menghindarkan penyakit yang berbahaya . 

Rasulullah SAW pernah bersabda : 

"Sesiapa yang sedikit makannya , sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya . Barang siapa yang banyak makannya , maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya " .

---

- Bangun (beribadat) di waktu malam . Keempat , menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam .  Senantiasalah bangun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari hasutan dan tipu daya syaitan yang sememangnya musuh manusia yang nyata. Dengan mengamalkan beribadat juga kita dapat memperolehi keredhaan Allah SWT. 

Rasulullah SAW senantiasa mengingati umatnya : 

" Hendaklah kamu bangun malam (beribadah) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang " .

Kita juga disarankan untuk beribadah kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam dan beribadah kepadanya . Ye , memang aku akui sangat sukar kan untuk kita bangun dalam pukul 3.30 am camtu an ? Tengah-tengah mimpi lena .  Tapi , xpe . Sebelum tidur tu , kita niat dulu , niat nak bangun beribadah . Mintak Allah permudah untuk kita bangun . Jangan lupa set alarm tau ! hehe . 

---

- Last skali , adalah  sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang soleh .  Kenapa kita perlu sentiasa bersama dengan mereka ? Sebabnya , dengan selalu menyertai majlis orang-orang soleh , sikit sebanyak kita akan menjadi terikut dengan tingkah laku , perbuatan , dan percakapan mereka yang selalu mengingati Allah . Ini adalah salah satu cara untuk slow-slow kita merubah diri ke arah kebaikan yang diredhai Allah . Amiin , harap kita senantiasa menjadi orang yang dipilih untuk menyertai majlis-majlis ilmu .

Berkata seorang hukama' :

" Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini , sesiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya . Kemudian ditanya padanya  : "apakah kebun itu ? ,lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu  ( mengingati Allah ).

Buku ni sangat bagus, amazing , daebak ! amek ha , masuk korea da . hehe . Yang atas ni hanyalah sikit je dalam buku ni . Nanti kalo aku ade kelapangan lagi , aku share ye . Kalau korang nak beli pon lagi bagus . Serius xtipu . Buku ni cerita pasal hati fully . Complete . 

Aku harap entry ni boleh bagi ilmu dan  berguna untuk korang dan sama-samalah kita cuba untuk merubah diri kita ke arah kebaikan . Lillahi Ta'ala . Aku pun sedang mencuba untuk berubah . Diharapkan Allah tolong aku dan korang semua yang mahu berubah ke arah yang diredhai-Nya . Ayuh sama-sama yuk ! Sekian daripada aku , nurul . Assalamualaikum . 






No comments:

Post a Comment