Tuesday 25 June 2013

al-'Isyq

Assalamualaikum semua . Moga semuanya dalam keadaan sihat-sihat blake deh *ganu mode* 

Hmm, bosan kot kat rumah nie. Nothing to do. Dats y duk mengupdate blog je nie. Nak cungkil minat penulisan sikit nie. Bengkel penulisan dakwah da pernah pergi. Tapi, xamalkan un. Haiss Nurul Zahirah. 

-facepalm-

Okay okay okay . Ape merapu sangat nie nurul . Back to the topic pliss * i repeat * topic ! hoho . 

al-'Isyq

What's that ? 
Apei tuh ?
Shénme ?
Kyā ? 

 - Okay, tu semua bantuan dari darling Google. haha -

al-'Isyq itu memberi makna rindu sebenarnya . So, apa point aku nak cakap pasal rindu nie ? 
Hmm actually aku selalu rindukan arwah ayah aku . Always and always and forever and ever . 

Daripada bantuan sumber-sumber internet yang aku cari sebelum type-type nie , rindu itu merupakan perasaan cinta yang berlebihan . Okay , ape pulak cinta nie ? Hmm, cinta pulak kecenderungan hati pada yang dicintai . Tapi entry nie aku nak citer pasal rindu . Bukan cinta . Kalau cerita pasal cinta nie xhabis tau . hehe .

Rindu nie terbahagi kepada dua cara . Ada cara rindu ini membuat kita menjaga diri kita . Tapi ada juga yang diikuti dengan kehinaan . So, rindu ini sebenarnya bukanlah hal yang tercela dan keji . Rindu ini merupakan satu perasaan suci murni lahir dari hati seorang manusia . Boleh jadi , orang yang sedang merindui sesuatu itu menyertakan rindu dia dengan kehinaan dengan membayang-bayangkan perkara-perkara yang xpatut . Tapi, rindu yang betul ialah dengan menyalurkan rindu terus ke dalam qalbunya yang dapat menjaga diri dan kesuciannya . Alangkah indahnya rindu itu . 

-Flashback-

Teringat kembali kisah-kisah aku zaman kecil dahulu . Oh alangkah indahnya Ya Allah . Terima kasih Ya Allah kerana aku sempat merasai kasih sayang seorang insan yang bernama ayah . Jika dibandingkan dengan orang lain yang xdapat langsung bertemu muka dengan ayah mereka , aku bersyukur kerana aku sempat untuk bergurau senda dengan ayahku Ya Allah . Alhamdulillah . 

Balik sekolah , ucap Assalamualaikum kuat-kuat , letak beg , terus pergi kat ayah . :')
Ayah masak , xmandi dah , terus makan ngan ayah . Ya Allah , how i miss those moments . 
Pastu rehat depan tv ngan ayah , tidur sebelah ayah , ayah suka 'kepekkan'  hidung aku . Maen tangkap-tangkap tangan . Ingat lagi , maen 'carom' ngan adik beradik . ayah tererrrrr ! :)
Tapi, dalam kelembutan ayah dengan anak-anak dia , ayah tetap tegas . Lepas solat maghrib je , semua adik beradik aku kena turun bilik ngaji kat bawah . Tunggu giliran , ayah dengar anak-anak dia mengaji . Sungguh aku rindu . Segar dalam ingatan aku , macam mana ayah mengajar kitorang adik beradik mengaji . Petang aku mengaji dengan tok guru ngaji ak, nama dia ak panggil , tok che . Malam pulak , ayah yang ajar . 

Kalau nak diceritakan , xterkata , xter-type , xterluah . Betapa banyak memori indah aku bersama insan yang ak sangat sayangi , ayah . Aku juga pernah kena marah ngan ayah . Takot sangat . Masa tu aku rase maybe ak darjah 1 kot . Petang tu , ak xtau ak dengar kat mana la kan , ade la orang sebut 'bodoh' . Pastu ak terikot dan tercakap . Ayah dengar , terus panggil aku . Ayah marah sangat aku sebut perkataan tu . Aku rasa aku da nanges-nanges time tu . Tapi , memang salah aku pon . hoho . 

Rindu itu anugerah Allah kepada hamba-Nya . 

Ayah bagiku merupakan satu insan yang sangat memberi makna kepada diri aku . Setiap kali aku further study , akan ak bermimpi pasal ayah aku . Aku pon xtau la kenapa , tapi seakan -akan mimpi Allah hantar supaya aku terus bersemangat untuk belajar . Semasa aku kat Puncak Alam ,kat Umt pon pernah . Tidur sambil nangis . pernah dengar ? hoho . Aku malu nak cakap kat roomate aku masa tu . huhu . Tapi last2 aku cakap jugak , aku mimpi sal ayah aku . Dia faham je .Tiap kali ak mimpi pasal ayah , mesti ak mimpi sambil nangis . Maybe aku rindu sangat kot . Tapi xpe , aku kene kuat , Allah kan ada bersama aku , family pon ada :') .

Hmm , kalau nak type nie panjang lagi cerita pasal ayah aku nie . Tapi cukuplah sampai sini dahulu . Aku fikir positif , mungkin Allah lebih sayangkan Allah dan nak suruh aku jadi hamba-Nya yang kuat dan tabah menghadapi sebarang dugaan di dunia ini . 

---

Aku ada satu wish sebenarnya , actually , aku nak sangat hubby to be aku tu macam ayah aku :') . 
Tu pon kalau sempat berkeluarga la . Mana tau umur aku xpanjang , harap jumpa di syurga nanti . Amiin .

---
Ya Allah , jagalah hatiku ini , jagalah perasaan aku ini . Janganlah hati dan perasaan aku ini dikotori oleh nafsu-nafsu yang membuatkan iman aku terpesong . Sesungguhnya aku ini hanyalah hamba-Mu yang mendambakan kasih sayang daripada-Mu. Salurkanlah perasaan rindu aku ini pada jalan yang betul . Berikanlah aku kekuatan untuk terus bersemangat demi mengejar impian dan cita-citaku Ya Allah . Dan tidak lupa, jadikanlah aku anak yang solehah dan bersama-sama dengan keluargaku menuju syurgaMu, Ya Allah . Amiin , Aminn Ya Rabbal Aalamiin .

p/s : So, semua? ingat tau . jaga cinta dan rindu kita nie. Bawa perasaan ini ke arah kebaikan . Jangan bawah ke arah kehinaan . Biarlah perasaan itu menjaga diri kita . Pendam perasaan itu , In sya Allah . Allah tahu semuanya . Jangan kita bimbang . Ma Fi Qolbi Ghoirullah . 

Sekian daripada nurul . Jumpa lagi semua . Assalamualaikum

3 comments:

  1. :') Zah, sedih bacaaaa :(
    You're strong girl... lap u...
    May Allah bless you forever n always :D
    go girl!

    ReplyDelete
  2. huhu . lex ah uuu . thanks baby. love u too . Amiin. Same goes to you ! :D

    ReplyDelete