Thursday 27 June 2013

Cahaya Diri

Assalamualaikum semua ! Meet again :)


بلغوا عني ولو آية


Petikan hadith dalam perkataan arab di atas yang berbunyi "ballighu Anni Walau Ayah" membawa maksud sampaikan daripadaku (Muhammad) walau satu ayat. Hadith ini di riwayatkan oleh Bukhari.

Ye , memang aku sedar diri ini tidaklah punyai banyak ilmu untuk berkongsi atau berdakwah . Tetapi hadith diatas membuatkan aku sedar , even kita tidak punya banyak ilmu sangat , cukuplah dengan kita sebarkan apa yang kita tahu . Walaupun satu ayat . Kita sudah mendapat pahala . Sering kita dengar ' Ala , aku xdek ilmu banyak sangat , xtahu la ' , ' Ish , xreti la nak dakwah-dakwah orang ni ' . Moga kita sama-sama berubah . Sebarkanlah walaupun satu ayat :) .

Okay sebenarnya , aku nak kongsi sikit artikel yang aku da baca . Artikel tu pasal Cahaya dalam diri . Iaitu Wudhu' . 

Wudhu' memberi maksud membersihkan diri dari sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

---

Dari Nu’aim bin Abdullah r.a katanya, dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Sesungguhnya umatku akan datang kelak di hari kiamat bercahaya-cahaya wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas-batas yang wajib, lebihkanlah”(Riwayat Muslim)

Betapa wudhu boleh memberi syafaat kepada si tuan yang sempurna melakukannya . Aku yakin semua orang nak muka dia bercahaya-cahaya kan ? Jadi , jom kita amalkan wudhu' secara sempurna . 

1. Salah satu syarat sah solat ialah mengambil wudhu'. Dengan wudhu' yang sempurna seseorang itu akan dapat mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.

2.  Ketika berwudhuk kita diharuskan membaca doa-doa yang tertentu seperti berikut :
i.  Ketika berkumur, berniatlah : "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini" .

ii.  Ketika membasuh muka, berniatlah : "Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini" .

iii. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah : "Ya Allah, berikanlah buku hisab ku di tangan kanan ku ini" .

iv. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah :" Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisab ku di tangan kiri ku ini" .
v. Ketika membasuh kepala, berniatlah : "Ya Allah, lindunglah aku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu " .

vi. Ketika membasuh telinga, berniatlah : "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .

vii. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah : "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim " .

viii. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah : "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat " .

3.  Berwudhu' bukan sahaja diperlukan untuk menunaikan solat sahaja , tetapi kita juga disarankan untuk berwudhu' semasa hendak membaca al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wudhu' itu dapat menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian wajah .

Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih . Menggugurkan dosa-dosa kecil hamba-Nya dengan mengambil wudhu' sahaja :') .

Lastly , jom la kita beramai-ramai try amalkan amalan yang elok ni . Even kita nak study skali pon , berwudhu' lah . Sebab study pon ibadah . Perbetulkan niat untuk Allah S.W.T . 
Diharap entry ini berguna untuk semua . Selamat beramal ! Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment