Sunday 30 June 2013

Rahsia duka | Story 1

Bintang bintang berkerlipan di dada-dada langit . Indah sekali .  Burung berterbangan . Bebas . Aman . Damai . Tetapi berbeza dengan hati Insyirah . Berkecamuk , sedih , terluka dengan apa yang dilaluinya . Insyirah hanya mampu diam tatkala ibu dan abangnya bertengkar di dapur pada suatu malam . Laju mengalir titis-titis air mata jernih Insyirah di pipi gebunya . Luarannya menangis , tapi lagi memedihkan hatinya turut meraung , sengsara . Dia memendam duka sebuah keluarga . Syirah tidak tahu apa yang patut dilakukan agar pertelagahan itu berhenti . Dia teringat , sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan , ambiklah wudhu' untuk melegakan kemarahan terhadap sesuatu . Teringat dengan perkara itu , tetapi dia tidak punyai daya untuk memberi pendapat . Dia tidak kuat untuk memberhentikan pertelagahan itu . Lantas dia terus membersihkan apa-apa yang patut di sinki . Air yang mengalir untuk mencuci pinggan mangkuk bercampur gaul dengan air matanya yang menitis . Duka yang dialaminya hanya dipendam . Tidak pernah dia bercerita tentang kesedihan itu kepada adik-beradiknya yang lain. Allah lah tempat dia mengadu selama ini . Pertelagahan itu terhenti apabila abangnya tersedak memakan nasi . Ibunya terus menyuruh abang Syirah meminum air . Hati seorang ibu , mana tak sayang anaknya .  Tapi , panas hati abang Syirah tidak padam . Dicampak pinggan nasinya itu ke dalam sinki . Hati Syirah tersentak . Tetapi tangan Syirah laju mengutip sisa-sisa makanan pinggan abangnya yang tercampak keluar . Lalu dibersihkannya . Hati mana yang tidak sedih . Ibu Syirah terus berlalu pergi . Menunaikan solat maghrib . Ya , Syirah tahu ibunya tidak dapat menahan perasaan pedih dan sedih apabila anak yang dikandungnya bertelagah dengannya . Syirah keseorangan di dapur . Duduk seakan tidak bersemangat lagi . Tapi dia terus menguatkan dirinya . Tabah . Dia tahu inilah dugaan . Dugaan inilah yang akan mentarbiyahkan manusia . Dia terima seadanya . Itu bererti Allah masih lagi mahu menguji imanya . Air mata Syirah berhenti mengalir . Tapi hatinya bagai dicucuk besi . Perit rasanya . Hanya Allah yang dapat memberi ketenangan kepadanya . Tidak berhenti dia berdoa agar Allah melembutkan hati ibu dan abangnya . Syirah terlalu menyayangi mereka . Dia termenung memikirkan . . .

Sayyidul Istighfar | Nurul

Assalamualaikum Hi semua !

Korang tahu tak ape tu Sayyidul Istighfar ? Pernah dengar ? Sudah hafal ? Alhamdulillah :) .

Sayyidul istighfar tu merupakan penghulu kepada istighfar . Banyak fadilat kelebihan yang kita dapat kalau kita mengamalkan istighfar ini setiap hari , seperti menjadi rutin harian kita . Moga - moga kita istiqamah ye kawan-kawan . In sya Allah , dengan mengamalkan istighfar ini Allah memberi keampunan , keberkatan dan rahmatNya terhadap kita semua .

---



Maksudnya :
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.


Rasulullah SAW membaca zikir ini pada pagi dan petang . Seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari :


" Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga ". 


Tersangat sangatlah rugi jika kita semua tidak membaca zikir ini . Amalan yang amat mudah tapi dijanjikan syurga . Allahu Akbar ! .  Pendek dan ringkas sahaja . Pelbagai inisiatif kita boleh cari sebenarnya . Contohnya , kepada yang macam aku ni , suka doa dalam lagu . Nah link , best :) 

---

Semoga kita semua mengamalkan zikir ini . Beristiqamahlah dalam menuju ke arah yang diredhaiNya . Amiin sama-sama kita doakan . 

Setakat ni saje la entry ni . Nanti ape - ape in sya Allah aku share lagi . Sebarkan ilmu walaupun satu ayat ! :D . Renung-renungkan dan selamat beristiqamah ! Assalamualaikum . 

Saturday 29 June 2013

Healing our heart

Assalamualaikum semuaa dan Selamat malam . Already late , but i still  have something nak share . Sebab baru abis baca buku ni . Scrolling ---


Keramat Sebuah Hati by Mohammad Qayyum A. Badaruddin


Macam mana kita nak ubati hati kita ye ? . Bedah , amek hati pastu hantar g dobi ?  macam tu ke ? . Or nak minum air clorox biar hati kita putih bersih sesuci murninya . hehe . Okay , jangan tiru aksi-aksi bahaya ni kat rumah ye . Just kidding !

Hati ni merupakan nikmat yang paling berharga yang telah dikurniakan oleh Allah kepada semua manusia . Kita boleh mengibaratkan hati ini sebagai raja di dalam tubuh badan kita yang bertanggungjawab untuk semua tindak-tanduk , gerak-geri atau tingkah laku kita . Pokok pangkalnya , hati diciptakan oleh Allah semulia-mulia kejadian , di situ lah terletaknya akal manusia , di situlah buruk , baik , lemah manusia . Ironinya , hati adalah segala-galanya .

Terbukti benar apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging , jika sekiranya baik daging itu , maka baiklah seluruh diri manusia itu . Jika sekiranya buruk daging itu , maka buruklah seluruh diri manusia itu . Ketahuilah , bahawa ia adalah hati . " (Riwayat Al-Bukhari).

So , hati kita ni memainkan peranan penting tau . Jaga hati ye kawan-kawan .


Berkata seorang ulama , Ibrahim Al-Khawas RA :

" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara , maka ubatilah kamu dengan lima perkara tersebut . Pertamanya , bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya . Kedua , mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa . Ketiga , bangun (beribadat) di waktu malam . Keempat , menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya , sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang soleh ".

Seperti yang kita tahu , manusia ini diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan . Diberi pula dengan pelbagai nikmat akal , kesihatan , udara , dan pelbagai lagi . Sangatlah tidak terkira nikmat yang kita terima . Namun , kita sering lalai leka dengan kecanggihan , kemodenan dan mengejar kebendaan . Ayuh kita sama-sama sedar dan bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah .

---

- Ubat hati yang pertama xd ialah " bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya " . Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui insan agung Rasulullah SAW merupakan mukjizat yang tiada tolok bandingnya . Bahkan , kitab suci ini juga digunakan sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Membaca Al-Quran dan menghayati isi kandunganya dengan secara istiqamah , in sya Allah akan mendapat ketenangan hati yang akan menyebabkan hati kita ini senantiasa mengingati Allah SWT .

Firman Allah SWT yang bermaksud  :

" Ketahuilah , dengan mengingati Allah itu , hati akan tenang " . (Surah Ar-Ra'd :28 )

---

- "Mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa" . Dengan mengamalkan cara ini , segala penyakit hati yang tersemat di hati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada segala penyakit yang memudaratkan . Seperti yang kita biasa dengar , two in one . Dengan berpuasa , kita dapat buat ibadah kepada Allah , dan secara tidak langsung kita dapat merehatkan perut kita daripada terus berkerja dan dapat menghindarkan penyakit yang berbahaya . 

Rasulullah SAW pernah bersabda : 

"Sesiapa yang sedikit makannya , sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya . Barang siapa yang banyak makannya , maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya " .

---

- Bangun (beribadat) di waktu malam . Keempat , menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam .  Senantiasalah bangun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari hasutan dan tipu daya syaitan yang sememangnya musuh manusia yang nyata. Dengan mengamalkan beribadat juga kita dapat memperolehi keredhaan Allah SWT. 

Rasulullah SAW senantiasa mengingati umatnya : 

" Hendaklah kamu bangun malam (beribadah) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang " .

Kita juga disarankan untuk beribadah kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam dan beribadah kepadanya . Ye , memang aku akui sangat sukar kan untuk kita bangun dalam pukul 3.30 am camtu an ? Tengah-tengah mimpi lena .  Tapi , xpe . Sebelum tidur tu , kita niat dulu , niat nak bangun beribadah . Mintak Allah permudah untuk kita bangun . Jangan lupa set alarm tau ! hehe . 

---

- Last skali , adalah  sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang soleh .  Kenapa kita perlu sentiasa bersama dengan mereka ? Sebabnya , dengan selalu menyertai majlis orang-orang soleh , sikit sebanyak kita akan menjadi terikut dengan tingkah laku , perbuatan , dan percakapan mereka yang selalu mengingati Allah . Ini adalah salah satu cara untuk slow-slow kita merubah diri ke arah kebaikan yang diredhai Allah . Amiin , harap kita senantiasa menjadi orang yang dipilih untuk menyertai majlis-majlis ilmu .

Berkata seorang hukama' :

" Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini , sesiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya . Kemudian ditanya padanya  : "apakah kebun itu ? ,lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu  ( mengingati Allah ).

Buku ni sangat bagus, amazing , daebak ! amek ha , masuk korea da . hehe . Yang atas ni hanyalah sikit je dalam buku ni . Nanti kalo aku ade kelapangan lagi , aku share ye . Kalau korang nak beli pon lagi bagus . Serius xtipu . Buku ni cerita pasal hati fully . Complete . 

Aku harap entry ni boleh bagi ilmu dan  berguna untuk korang dan sama-samalah kita cuba untuk merubah diri kita ke arah kebaikan . Lillahi Ta'ala . Aku pun sedang mencuba untuk berubah . Diharapkan Allah tolong aku dan korang semua yang mahu berubah ke arah yang diredhai-Nya . Ayuh sama-sama yuk ! Sekian daripada aku , nurul . Assalamualaikum . 






Friday 28 June 2013

Aiyoook !

Assalamualaikum semua . 

Just posting a picture for encouraging myself . hehe .



p/s : Nervous kene jadi cikgu kimia esok . Ajar sepupu . hoho lama da tinggal kimia . Harap Allah bagi kekuatan untuk ajar dia dan ape yang aku ajar tu ajaran yang betul . Ekekeke . Amiin . Goodluck for me yaw !  btw , Goodnyte . Assalamualaikum .

Thursday 27 June 2013

Cahaya Diri

Assalamualaikum semua ! Meet again :)


بلغوا عني ولو آية


Petikan hadith dalam perkataan arab di atas yang berbunyi "ballighu Anni Walau Ayah" membawa maksud sampaikan daripadaku (Muhammad) walau satu ayat. Hadith ini di riwayatkan oleh Bukhari.

Ye , memang aku sedar diri ini tidaklah punyai banyak ilmu untuk berkongsi atau berdakwah . Tetapi hadith diatas membuatkan aku sedar , even kita tidak punya banyak ilmu sangat , cukuplah dengan kita sebarkan apa yang kita tahu . Walaupun satu ayat . Kita sudah mendapat pahala . Sering kita dengar ' Ala , aku xdek ilmu banyak sangat , xtahu la ' , ' Ish , xreti la nak dakwah-dakwah orang ni ' . Moga kita sama-sama berubah . Sebarkanlah walaupun satu ayat :) .

Okay sebenarnya , aku nak kongsi sikit artikel yang aku da baca . Artikel tu pasal Cahaya dalam diri . Iaitu Wudhu' . 

Wudhu' memberi maksud membersihkan diri dari sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

---

Dari Nu’aim bin Abdullah r.a katanya, dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Sesungguhnya umatku akan datang kelak di hari kiamat bercahaya-cahaya wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas-batas yang wajib, lebihkanlah”(Riwayat Muslim)

Betapa wudhu boleh memberi syafaat kepada si tuan yang sempurna melakukannya . Aku yakin semua orang nak muka dia bercahaya-cahaya kan ? Jadi , jom kita amalkan wudhu' secara sempurna . 

1. Salah satu syarat sah solat ialah mengambil wudhu'. Dengan wudhu' yang sempurna seseorang itu akan dapat mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.

2.  Ketika berwudhuk kita diharuskan membaca doa-doa yang tertentu seperti berikut :
i.  Ketika berkumur, berniatlah : "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini" .

ii.  Ketika membasuh muka, berniatlah : "Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini" .

iii. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah : "Ya Allah, berikanlah buku hisab ku di tangan kanan ku ini" .

iv. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah :" Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisab ku di tangan kiri ku ini" .
v. Ketika membasuh kepala, berniatlah : "Ya Allah, lindunglah aku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu " .

vi. Ketika membasuh telinga, berniatlah : "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .

vii. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah : "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim " .

viii. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah : "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat " .

3.  Berwudhu' bukan sahaja diperlukan untuk menunaikan solat sahaja , tetapi kita juga disarankan untuk berwudhu' semasa hendak membaca al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wudhu' itu dapat menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian wajah .

Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih . Menggugurkan dosa-dosa kecil hamba-Nya dengan mengambil wudhu' sahaja :') .

Lastly , jom la kita beramai-ramai try amalkan amalan yang elok ni . Even kita nak study skali pon , berwudhu' lah . Sebab study pon ibadah . Perbetulkan niat untuk Allah S.W.T . 
Diharap entry ini berguna untuk semua . Selamat beramal ! Assalamualaikum .

Super Duper Awesome SE :)

Assalamualaikum . Hai Hai Hai ! 

Bersama dengan  saya , DJ Nurul lagi , thanks coz sudi mendengar radio cookiesssss fm ! 
Hahahaha abaikan kemengarotan di atas ye kalian semua . 


Super Duper Awesome SE means Super Duper Awesome Software Engineer . Entry kali ni aku nak cerita pasal semua experience or whatsoever in the first year of being software engineering students at Universiti Malaysia Terengganu (UMT) . Maksudnya naik cuti sem ni , aku da bergelar seorang senior . Ulang suara ye , Senior ! hehe , overexcited -.- .

First of all , for your information, semua students first year wajib duduk kat dalam asrama . Even aku ni, rumah dekat gila , xsampai 10 minit da sampai kat u pon , kene duduk kat asrama gak . But stills, a lot of memories being created there . Happy , sad , frustrating and all kinds of feeling memories . Tapi aku describekan itu semua sebagai Happy days in my life . Okay lets start at first2 ak kene daftar bagai ni . 


---
1. Pendaftaran Pelajar

Ni salah satu perkara yang buat aku malas nak masuk u sebenarnya . Paling xsuke main dengan borang-borang sume . Serabut mak aihh . hoho . Tapi fortunately ada la budak-budak sekolah aku dulu pon dapat kat UMT ni . So , senang sikit aku nak tanya something kan . Xlah menggelabah bagai aku settlekan borang-borang ni sume . And the person that lucky sangat yang dapat satu u dengan aku goes to Eifa , Jamilah and  Aliff . Tapi kitorang dapat course lain-lain . And not forgetting Mat yang dah study kat UMT tu before us , as Diploma Perikanan's students.  

-refresh otak-

Bila da settle sume borang and tiba lah untuk kitorang daftar masuk u . Not very sure , but i guess its 2 September 2012 . Da settle daftar sume , aku ringkaskan , masuk bilik , jumpa roomates , settlekan barang . Lepas tu , part yang paling paling aku xsuke . To be continued ---

2. Minggu Jalinan Mesra

Haaa, ni lah yang aku paling xsuke tu . Minggu Jalinan Mesra or i guess we call as orientasi . Tapi baru sekarang aku sedar . Scroll down --


Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216).


Hmm , maksudnya Allah tahu apa yang dirancangkanNya . Allah kan sebaik-baik perancang . Mestilah Allah tahu apa yang terbaik terhadap manusia . Kan ? 
Orientasi ni best tapi memenatkanla . Semua benda kita buat kene cepat . Tapi semuanya ada hikmah , fasi nak kitorang jage time discipline . Yeah , i understand it well now . Thanks to fasi . Masa orientasi ni kitorang kene buat pelbagai aktiviti . Kene basuh pinggan sendiri , dengar ceramah n so on . 

---

Part seterusnya ni , aku bahagikan kepada dua . Sem 1 dan Sem 2 . 


3. Sem 1 


Yeah , sem 1 as se students . Junior , freshie . Ape lagi kita panggil . hoho . Masa sem 1 ni kitorang kene pergi Pulau Bidung . Memang wajib sewajibnya untuk first year . First2 tu aku memang never ever lah nak pergi sana . Disebabkan xreti berenang . Ekeke :D . Kat sana kitorang kene memancing , jungle trekking , snorkelling , water confidence and other side activities . 

Yeah , definitely tough for me . But the best part is , snorkelling ! Oh i enjoy it veryy much ! 

Best berkenalan dengan semua orang kat sana . Tapi xlah serapat macam sekarang . First2 tu nak tegur un shy shy cat . Tapi sekarang , humph . Tegur cam biase suda . Ekeeke .

Sem 1 ni masuk kelas happening je aku rase . Sebab no pressure sangat . Assignment un rilex2 je. Tapi susah la jugak seposen . huhu . But still , we managed to end our sem 1 dengan sehappy happynya ! Masa ni lah kenal rapat dengan semua , thir , ilah , ina , unni , ain , syer , dhir , cutik ,jun , pah , ayang , kim , tiha , ty , tiey , wiwi , fakhri , kashah , arip , mie , din , zaid and so on . Kalau nak list memang panjang la kan . huhu . Tapi aku rase , aku happy dapat kawan macam korang semua . Semua ada personaliti masing-masing . Own unieqness ! Tapi pokoknya sayang semua lah . hoho . 

Kalau nak type satu-satu incident lam sem 1 ni memang tak terkira la . So , i guess i just short kan aja dong . hehe . 


4. Sem 2

Sem ni yeah , memang tough sangat . Sampai aku rase boleh dikatakan aku nanges jek . Ekeke . Tapi nangis untuk cari kekuatan . Biase letteww kan ? 
Hmm , sem ni yang aku boleh cerita lawak sangat masa nak final . Statistics xtau pape . Sebab kitorang xblaja un . Haiss ape nak jadi nurul . Terpaksa lah aku balek umah suruh akak aku ajarkan statistic ni . Bincang ngan unni , aku ajar yang aku belajar , n dye ajar yang dye belajar . Exchange knowledge ! yeah ! Malam esok nak exam statistic tu , aku dan unni jadi cikgu . Nak tengok whiteboard kitorang ? Scroll down please ---


Haa ni la . Lawak kan . Guna apa je yang ada . Ni sebenarnya tingkap bilik syer dan roomatesnya . Tampal kertas kat belakang pastu guna whiteboard untuk conteng2 ajar .

And last incident yang aku rase sangat touching , masa aku nak balek rumah . Berat sangat hati aku nak tinggalkan diorang semua . Nanti xdek da yang suruh aku bangun , yang kacau aku , tengok movie same-same , gaduh sape nak buat air milo , makan maggi berjemaah , pergi surau ramai-ramai , study ramai-ramai kat lobby depan , berebut mesin basuh , berebut toilet and banyak lagi lah . huhu . 

Last aku nanges jugak , aku ingatkan aku xnangis , hais . Ni sume disebabkan oleh thir , roomate aku . Haiss , dia ni la yang suka carik gaduh ngan aku . Hari-hari gaduh ngan dia . Hahaha . Macam budak-budak betol . Tapi gaduh-gaduh pon , aku sayang jugak . -Tutup muka,malu-

Even we are not together , but my love always will be eternal for all of you . 

The end of Sem 2 . and yeah , the last part is ---

5. Boring sem break !

Xtau ape nak buat . xtau ape nak ape la . Ape seyh aku cakap -.- .
Hmm, cuti ni in sya Allah aku gunakan dengan sebaik mungkin untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik . And xlupa , ade hikmah aku dapat umt ni , Allah da tunjuk salah satu hikmah Dia . Dia nak aku berubah ke arah yang lebih baik . Thanks Allah . So , y not kita slow-slow berubah ke arah yang lebih baik . rite ? Yeah we are not perfect , but at least we try to change for the better . 

Another work for this sem break , jaga sis yang da pregnant . Yeah , damn boring nak tunggu dia kene jumpe doktor -.-" . But still, cant wait for my first anak buah . Hooooorayyy !

---

Aku rase korang pon da penat scroll down aku punye cerita ni kan . Time to stop . Time wait for no men . Hahahaha . Okay lah semua . Nasihat untuk aku dan korang semua , Gunakan waktu cuti ni dengan perkara yang benefical ye . 

Dari Ibnu 'Abbas ra, Rasulullah bersabda:

وَالْفَرَاغُالصِّحَّةُ:النَّاسِ مِنَ كَثِيْرٌ فِيْهِمَا مَغْبُوْنٌ نِعْمَتَانِ

“Dua nikmat yang ramai  manusia tertipu, nikmat sihat dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari).

  Manfaatkanlah  masa itu sebaik-baiknya . Segala tindakan, kesungguhan, kekuatan, kemuliaan, kenikmatan dan mengejar cita-cita  hanya mampu  dilakukan ketika badan masih  sihat dan adanya waktu lapang. Kewajiban yang perlu  kita tunaikan amat banyak, sementara waktu yang terluang adalah sangat  sedikit. Dengan adanya masa, pelbagai aktiviti yang baik dapat kita lakukan . Masa sihat dan adanya waktu lapang ini lah untuk kita mengumpul pahala dan keredhaan Allah sebanyak mungkin ! Ayuh semua . Sama-samalah kita menuju ke arah jalan Allah dan in sya Allah banyak ganjaran yang Allah hadiahkan kepada kita . AMIIN . 

So, kat sini je la aku punya writing . Till then, Assalamualaikum semua :)

Tuesday 25 June 2013

al-'Isyq

Assalamualaikum semua . Moga semuanya dalam keadaan sihat-sihat blake deh *ganu mode* 

Hmm, bosan kot kat rumah nie. Nothing to do. Dats y duk mengupdate blog je nie. Nak cungkil minat penulisan sikit nie. Bengkel penulisan dakwah da pernah pergi. Tapi, xamalkan un. Haiss Nurul Zahirah. 

-facepalm-

Okay okay okay . Ape merapu sangat nie nurul . Back to the topic pliss * i repeat * topic ! hoho . 

al-'Isyq

What's that ? 
Apei tuh ?
Shénme ?
Kyā ? 

 - Okay, tu semua bantuan dari darling Google. haha -

al-'Isyq itu memberi makna rindu sebenarnya . So, apa point aku nak cakap pasal rindu nie ? 
Hmm actually aku selalu rindukan arwah ayah aku . Always and always and forever and ever . 

Daripada bantuan sumber-sumber internet yang aku cari sebelum type-type nie , rindu itu merupakan perasaan cinta yang berlebihan . Okay , ape pulak cinta nie ? Hmm, cinta pulak kecenderungan hati pada yang dicintai . Tapi entry nie aku nak citer pasal rindu . Bukan cinta . Kalau cerita pasal cinta nie xhabis tau . hehe .

Rindu nie terbahagi kepada dua cara . Ada cara rindu ini membuat kita menjaga diri kita . Tapi ada juga yang diikuti dengan kehinaan . So, rindu ini sebenarnya bukanlah hal yang tercela dan keji . Rindu ini merupakan satu perasaan suci murni lahir dari hati seorang manusia . Boleh jadi , orang yang sedang merindui sesuatu itu menyertakan rindu dia dengan kehinaan dengan membayang-bayangkan perkara-perkara yang xpatut . Tapi, rindu yang betul ialah dengan menyalurkan rindu terus ke dalam qalbunya yang dapat menjaga diri dan kesuciannya . Alangkah indahnya rindu itu . 

-Flashback-

Teringat kembali kisah-kisah aku zaman kecil dahulu . Oh alangkah indahnya Ya Allah . Terima kasih Ya Allah kerana aku sempat merasai kasih sayang seorang insan yang bernama ayah . Jika dibandingkan dengan orang lain yang xdapat langsung bertemu muka dengan ayah mereka , aku bersyukur kerana aku sempat untuk bergurau senda dengan ayahku Ya Allah . Alhamdulillah . 

Balik sekolah , ucap Assalamualaikum kuat-kuat , letak beg , terus pergi kat ayah . :')
Ayah masak , xmandi dah , terus makan ngan ayah . Ya Allah , how i miss those moments . 
Pastu rehat depan tv ngan ayah , tidur sebelah ayah , ayah suka 'kepekkan'  hidung aku . Maen tangkap-tangkap tangan . Ingat lagi , maen 'carom' ngan adik beradik . ayah tererrrrr ! :)
Tapi, dalam kelembutan ayah dengan anak-anak dia , ayah tetap tegas . Lepas solat maghrib je , semua adik beradik aku kena turun bilik ngaji kat bawah . Tunggu giliran , ayah dengar anak-anak dia mengaji . Sungguh aku rindu . Segar dalam ingatan aku , macam mana ayah mengajar kitorang adik beradik mengaji . Petang aku mengaji dengan tok guru ngaji ak, nama dia ak panggil , tok che . Malam pulak , ayah yang ajar . 

Kalau nak diceritakan , xterkata , xter-type , xterluah . Betapa banyak memori indah aku bersama insan yang ak sangat sayangi , ayah . Aku juga pernah kena marah ngan ayah . Takot sangat . Masa tu aku rase maybe ak darjah 1 kot . Petang tu , ak xtau ak dengar kat mana la kan , ade la orang sebut 'bodoh' . Pastu ak terikot dan tercakap . Ayah dengar , terus panggil aku . Ayah marah sangat aku sebut perkataan tu . Aku rasa aku da nanges-nanges time tu . Tapi , memang salah aku pon . hoho . 

Rindu itu anugerah Allah kepada hamba-Nya . 

Ayah bagiku merupakan satu insan yang sangat memberi makna kepada diri aku . Setiap kali aku further study , akan ak bermimpi pasal ayah aku . Aku pon xtau la kenapa , tapi seakan -akan mimpi Allah hantar supaya aku terus bersemangat untuk belajar . Semasa aku kat Puncak Alam ,kat Umt pon pernah . Tidur sambil nangis . pernah dengar ? hoho . Aku malu nak cakap kat roomate aku masa tu . huhu . Tapi last2 aku cakap jugak , aku mimpi sal ayah aku . Dia faham je .Tiap kali ak mimpi pasal ayah , mesti ak mimpi sambil nangis . Maybe aku rindu sangat kot . Tapi xpe , aku kene kuat , Allah kan ada bersama aku , family pon ada :') .

Hmm , kalau nak type nie panjang lagi cerita pasal ayah aku nie . Tapi cukuplah sampai sini dahulu . Aku fikir positif , mungkin Allah lebih sayangkan Allah dan nak suruh aku jadi hamba-Nya yang kuat dan tabah menghadapi sebarang dugaan di dunia ini . 

---

Aku ada satu wish sebenarnya , actually , aku nak sangat hubby to be aku tu macam ayah aku :') . 
Tu pon kalau sempat berkeluarga la . Mana tau umur aku xpanjang , harap jumpa di syurga nanti . Amiin .

---
Ya Allah , jagalah hatiku ini , jagalah perasaan aku ini . Janganlah hati dan perasaan aku ini dikotori oleh nafsu-nafsu yang membuatkan iman aku terpesong . Sesungguhnya aku ini hanyalah hamba-Mu yang mendambakan kasih sayang daripada-Mu. Salurkanlah perasaan rindu aku ini pada jalan yang betul . Berikanlah aku kekuatan untuk terus bersemangat demi mengejar impian dan cita-citaku Ya Allah . Dan tidak lupa, jadikanlah aku anak yang solehah dan bersama-sama dengan keluargaku menuju syurgaMu, Ya Allah . Amiin , Aminn Ya Rabbal Aalamiin .

p/s : So, semua? ingat tau . jaga cinta dan rindu kita nie. Bawa perasaan ini ke arah kebaikan . Jangan bawah ke arah kehinaan . Biarlah perasaan itu menjaga diri kita . Pendam perasaan itu , In sya Allah . Allah tahu semuanya . Jangan kita bimbang . Ma Fi Qolbi Ghoirullah . 

Sekian daripada nurul . Jumpa lagi semua . Assalamualaikum

Sunday 23 June 2013

Nikmat sakit

Assalamualaikum semua .

Long long time no seee .
very busy with my education . but the main point is, i just forget my password for this account . hehe ;)

Actually on blogging balek ni , semuanya disebabkan keBOSANan yang melampau kat rumah .
da abis sem 2 kat umt as software engineering's student ! a big clap for me ya :D !

okay , back to the topic. ak senanye sedang sakit mate n sakit kaki.  but, still teruskan ber-typing. hehe .


Siapa cakap sakit tu musibah ? 


y not kita terbalekkan , sakit itu sebenarnye satu nikmat bagi manusia. sebab , sakit itu kafarah dosa.

satu cara Allah nak hapuskan dosa kita. Baikkan Allah ? Allah xnak kita ke akhirat dengan dosa yang terlalu banyak. lalu, Allah bagi kita nikmat sakit tu sbgai cara untuk hapuskan dosa kita secara perlahan-lahan.

Kadang-kadang kita, manusia leka dengan dunia . Sakit ini juga satu cara Allah nak kejutkan kita daripada kealpaan yang berterusan.

Bila kita sakit , apa kita buat ? jumpe doktor of course la kan .

Tapi , kita kene ingat, jumpe doktor tu adalah salah satu inisiatif untuk kita sembuh je. Allah la yang menyembuhkan kita melalui ubat-ubat yang doktor bagi.

Sakit ? Carilah Allah .

Perit ? Dekatkan diri kpda Allah.

Sengsara ? Doa agar Allah bagi kekuatan .


"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat." - [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim].


 "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

 "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".



Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

Ya Allah, sayu hatiku . even dgn tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk menghapuskan satu kesalahan diri kita. Ya Allah :') .

Betapa Allah menyayangi kita kawan-kawan sekalian. Tapi kita , selalu alpa dengan arus duniawi sekarang .

Ya Allah :(.

Sesungguhnya Engkaulah tempatku meminta pertolongan , bantulah diri ini untuk terus istiqamah dalam berbuat kebaikan dan berubah ke arah kebaikan dan jalan yang di-redhaiMU. 


p/s Jangan kita hanya cari Allah masa kita sakit sahaja . Sentiasa Allah dihati okay . In sya Allah tenang hati kita.   -pesanan nurul-